B – Membaca buku mengadap kiblat atau jangan membelakang kiblat
C - Jangan pasang TV
2.KELUARGA JANGAN BAGI TEKANAN
Contoh “ Abah terima apa saja keputusan peperiksaan kamu setelah kamu berusaha bersungguh-sungguh”
3.3 MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN
·Tengok soalan, kemudian baca buku dan jawab soalan
4.JAWAB SEMUA SOALAN YANG DIBERI(BACA ARAHAN)
·Guna jam yang ada jarum, bukan jam digital bagi memudahkan anda membahagi masa berdasarkan jumlah soalan yang perlu dijawab
5.MEMBACA ½ JAM KEMUDIAN BEREHAT(SENAMAN RINGAN 2 HINGGA 3 MINIT) DAN JIKA MENGANTUK DAN HAUS, MINUM AIR MANIS
·Ingat! Rokok Cuma merangsang sekejap tetapi dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak kemudiannya.
6.IBU BAPA ELOK DUDUK BERSAMA ANAK-ANAK SEMASA MEREKA BELAJAR KERANA AKAN MENAMBAH SEMANGATNYA.
7.PEMAKANAN : BANYAKKAN MAKAN BUAH SEGAR, KISMIS,
·Vitamin C menenangkan fikiran
·B.Compleks meningkatkan daya konsentrasi
·Lecitin dalam kacang soya menguatkan daya ingatan
8. JANGAN MAKAN SEMASA BELAJAR
9. MAKAN SEBELUM MAGHRIB (6.30 PETANG)
10.JANGAN KURANGKAN TIDUR UNTUK BELAJAR SECARA MENDADAK
·Manusia memerlukan 2 jam tidur dengan nyenyak pada sesuatu malam.
11. MENDENGAR LAGU SEMASA MEMBACA TIDAK DIBENARKAN KECUALI LAGU KLASIK MENGGUNAKAN ALAT MUZIK BERTALI
12.KURANG RIADAH MEMBUATKAN KITA LETIH TETAPI LEBIH RIADAH JUGA MEMBUATKAN KITA LETIH, WALAUPUN OTAK KITA TIDAK PENAT, TETAPI BADAN KITA PENAT
13.INGATLAH! KITA KITA HANYA MENGGUNAKAN 5% DARIPADA KEUPAYAAN OTAK KITA. OLEH ITU JANGAN TAKUT MEMBACA BANYAK ATAU BERFIKIR BANYAK JIKA KENA CARANYA, IA TIDAK MEROSAKKAN KITA BAHKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BIJAK.
14.“ALLAH AKAN BERBUAT MENGIKUT APA YANG DIFIKIR OLEH HAMBANYA” Hadis Qudsi. OLEH ITU BERFIKIRLAH SECARA POSITIF.
FIKIRKAN BOLEH! INSYAALLAH ANDA BOLEH MELAKUKAN!!!!!!!!!!!
15.PAKAILAH TALI PINGGANG DENGAN AGAK KETAT DAN IKAT DENGAN KEMAS TALI KASUT ANDA.
·SENAMAN DI LUAR DEWAN
·AMBIL OXYGEN DENGAN BANYAK- OXYGEN YANG BANYAK BOLEH MENENANGKAN FIKIRAN
·LANGKAH KAKI KANAN MASUK DEWAN DAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.
·BACALAH DOA SEBELUM MENJAWAB SOALAN
·BACA ARAHAN SOALAN, BUKA DAN BACA SEMUA MUKA SURAT DAN PASTIKAN SEMUANYA CUKUP.
·AGIHKAN MASA MENGIKUT SOALAN DAN JUMLAH MARKAH YANG DIBERI.
·JAWAB SOALAN YANG SENANG DULU
·BACA DAN FAHAM SOALAN, JANGAN TERGOPOH-GAPAH MENJAWAB BILA SOALAN YANG DIRAMAL KELUAR, PERHATIKAN APA KEHENDAK SOALAN.
·PASTIKAN ANDA TIDAK KELUAR AWAL KERANA MASA YANG DIBERI MEMANG SESUAI DENGAN JUMLAH MASA UNTUK JAWAPAN YANG PERLU ANDA BERIKAN.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR/SPM DAN SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG – INYSAALLAH.
“DIPETIK DAN DIUBAH SUAI DARIPADA CERAMAH OELH DATO’DR.HJ.FADZILAH KAMSAH- PAKAR MOTIVASI.
SAYA anak kedua daripada empat beradik dan kini menuntut di institusi pengajian tinggi swasta. Saya datang daripada keluarga mewah kerana bapa bergelar Datuk dan seorang ahli korporat yang berjaya serta disenangi masyarakat.
Namun, saya amat meluat melihat sikapnya. Ini semua kerana dia gatal memilih perempuan muda sebagai isterinya.
Untuk pengetahuan Dr, ayah seorang yang rendah, berbadan gempal dan hampir botak. Isteri barunya pula, cantik dan berbadan genit. Mereka ibarat 'beauty and the beast'.
Apa yang menyedihkan, dulu, saya sangat rapat dengan ayah. Saya boleh dikatakan anak kesayangan dia apatah lagi saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
Ketika itu, saya rasa ayah contoh kepada lelaki lain dan wira saya. Ayah mempunyai karisma sebagai suami, bapa dan ahli perniagaan yang berjaya. Saya pernah berangan-angan apabila berkahwin nanti, calon suami perlu mempunyai ciri-ciri seperti ayah.
Kini semua itu hancur. Saya berasakan ayah bertukar daripada seorang yang dikagumi kepada seorang yang hina. Semuanya kerana dia berkahwin dengan bekas perempuan simpanannya. Ibu mengetahui status isteri muda ayah dan meminta cerai.
Pada saya, ayah sudah berumur jadi kenapa masih berminat berkahwin dengan wanita muda? Bukankah sepatutnya pada peringkat umur ayah, dia patut pergi masjid bukannya berseronok dengan wanita jauh lebih muda? Saya sangat keliru dengan perkara ini.
Saya tahu, ayah mempunyai harta, tetapi itu bukan alasan baik untuk dia berkahwin lagi. Saya melihat ibu tiri sebagai mata duitan yang mahu mengikis harta ayah. Ayah pula menggunakan pangkat dan gelaran untuk memuaskan nafsu mengahwini perempuan yang lebih muda. Saya sangat kasihankan ibu yang menderita kerana ditinggalkan ayah. Ibu menjaga kami dengan baik selepas perpisahannya dengan bapa. Ayah ada juga bertanya khabar, tetapi saya sudah tawar hati dengannya. Saya berasakan tindakan ayah menceraikan ibu adalah satu penganiayaan. Ketika mula-mula berniaga, ibu banyak berkorban untuk ayah.
Ibu bukannya muda lagi. Tentunya ibu tiada berpeluang untuk mencari pasangan baru bagi menggantikan ayah dalam usia sebegitu. Kenapa ayah tidak menceraikan ibu ketika ibu masih muda? Kalau ibu masih muda, tentu ibu dapat mencari suami baru. Bapa menyedari perubahan sikap saya. Saya kini langsung tidak menghubunginya dan cuba mengelak jika bertemu dengannya. Saya juga tidak menjawab panggilan telefonnya. Ayah berharap saya akan bekerja di syarikatnya satu hari nanti. Kalau dulu memanglah itu tujuan hidup saya. Kini, jangankan bekerja di syarikatnya, melihat wajahnya juga saya cukup menyampah.
Tolonglah saya Dr. Bagaimana saya perlu berhadapan dengan masalah dan rasa benci kepada ayah? Puteri Sedih
Kuala Lumpur
KONFLIK hubungan, pola pemikiran yang dibentuk dan keinginan berbeza adalah antara punca adik mengalami perasaan sedih, keliru dan marah terhadap ayah. Ayah dan adik mempunyai keinginan dan kehidupan yang berbeza. Justeru, wujud konflik.
Hubungan kasih sayang antara adik dengan bapa renggang apabila ayah memenuhi keinginan berkahwin dengan perempuan jauh lebih muda. Apabila ini berlaku, adik mula melihat ayah dari sudut pandangan dan persepsi yang berbeza. Kalau dulu, adik mengagumi ayah, tetapi keadaan sebaliknya kini berlaku. Adik tidak lagi melihat ayah sebagai seorang yang berkarisma dan bertanggungjawab malahan meluat terhadapnya.
Dr memahami perasaan adik yang sedih, keliru dan marah terhadap ayah. Sebagai seorang anak ayah yang manja, tentu amat sukar untuk menerima kenyataan bahawa perhatian orang yang disayangi kini berfokus kepada orang lain. Adik menganggap diri seolah-olah tidak lagi penting dalam hidupnya.
Adik sudah membina satu pemikiran bahawa ayah seorang wira, mesti menyayangi dan memanjakan adik. Begitu juga pemikiran adik bahawa ayah tidak boleh mencintai wanita lain selain ibu serta kehidupan adalah seperti yang diinginkan.
Kekeliruan adik terhadap perbuatan ayah yang seharusnya beribadat pada usia sebegini dan bukannya berseronok kerana adik sudah membentuk satu persepsi tempat seseorang yang berada pada peringkat umur ayah adalah masjid.
Jika tidak berlaku seperti apa yang dijangkakan, itulah yang membingungkan. Realiti kehidupan ialah perkara yang kita rasakan mesti berlaku, tetapi dalam banyak hal berlaku sebaliknya.
Perkahwinan berlaku antara dua individu tanpa mengira rupa paras. Justeru, apabila ayah yang rendah, berbadan gempal dan hampir botak berkahwin dengan perempuan yang muda, cantik dan berbadan genit, ia memang boleh berlaku.
Seorang isteri atau wanita mempunyai pendirian tersendiri apabila suaminya berkahwin lain. Ada yang reda dan bersetuju menjadi madu kepada isteri baru suaminya. Namun, ada isteri yang berasakan suaminya sudah tidak menyayangi dan menghargai dirinya. Hati terluka dan memilih jalan untuk berpisah dengan suaminya. Dalam konteks ibu adik, dia memilih untuk berpisah dengan bapa. Bukanlah mudah untuk seorang isteri berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Apatah lagi dengan seorang wanita yang lebih muda dan cantik darinya.
Jodoh dan maut adalah ketentuan Tuhan. Apabila ibu bercerai, tanpa mengira usia, jika jodoh mengetuk hati dan sudah ditakdirkan, tanpa mengira bila dan berapa umur, ibu boleh menemui jodohnya.
Marilah kita mengharapkan ibu adik dapat mencari ketenangan diri dan kebahagiaan hidup. Sebagai anak, peranan adik membantu ibu mengharungi liku-liku kehidupan selepas perpisahannya dengan bapa amat penting. Pengorbanan ibu sehingga ayah berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan berstatus tinggi dalam masyarakat memang tidak wajar disia-siakan. Memang sukar untuk menghilangkan rasa marah adik terhadap ayah. Adik memerlukan masa untuk menerima kenyataan bahawa ada kalanya apa yang adik inginkan dalam hidup tidak dapat diperoleh. Berilah ruang dan masa kepada diri sendiri untuk menerima perkahwinan baru ayah. Adik juga perlu melihat apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.
Orientasikan pemikiran bahawa ayah dan ibu mempunyai keinginan tersendiri dan sebagai anak, adik perlu menghormati keputusan mereka. Bersama-sama dengan ibu untuk mengharungi kehidupan mendatang. Ibu adik amat memerlukan sokongan daripada orang yang rapat dengannya untuk melupakan kesedihan penceraian dengan ayah. Begitu juga membantu ibu untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
Adik mengalami peristiwa kehidupan yang menuntut untuk bersifat menerima realiti serta mengubah corak berfikir. Dr tahu bukanlah mudah bagi adik untuk membuang perasaan meluat adik kepada ayah. Ia akan mengambil masa. Perasaan meluat dan marah kepada ayah akan datang dan pergi dalam diri adik. Terimalah keadaan itu. Penting sekali untuk tidak bersifat menghukum. Bina kekuatan dengan mengatakan apa yang berlaku adalah satu cabaran untuk adik membina kehidupan yang lebih baik. Melihat kehidupan dari sudut orang lain boleh membantu adik memahami situasi yang mereka hadapi dan pada waktu yang sama tidak menyalahkan diri. Semoga adik berjaya mencari ketenangan hidup.
I REFER to the report “Move to help Johor cops cope with work stress” (Sunday Star, April 11).
I compliment the Johor Police Chief Deputy Commissioner Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff for introducing special health programmes to help policemen in the state cope with various forms of pressure and work stress.
It is very appropriate for policemen to be given talks on how to manage work stress in view of their long working hours.
Such programmes should be done and intensified nationwide.
A couple of years ago there was an incident where a policeman fired 58 shots in the air in what was described as a mental health problem.
I have frequently emphasised that mental health issues at the workplace should be given serious attention as the productivity of the staff of any organisation depends on their mental health.
No workplace is immune to mental disorders.
Mental health problems, especially stress-related ones among our workforce, are a matter of serious concern and need to be addressed urgently so that problems like depression, mental illness and psychiatric disorders can be avoided.
Police stations, district, state and Federal police contingents and headquarters are places of work.
As such our policemen should be exposed to mental health education which is vital to ensure that the police force will be productive and healthy, both mentally and physically.
The increase in stress levels and pressure could seriously affect our mental health and our daily life.
Practising good mental health is necessary to cope with these challenges.
Work stress should not be taken lightly.
Such stress affects our physical and emotional health which will in turn affect others at home.
The consequences are many.
Helping our men in blue to improve their performance to fight crime requires not only increasing their salaries, allowance and other facilities but also helping them to develop good mental health to deal with their daily work stress.
TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur.
Kita lupakan dulu kisah tentang kanser, kita bincang tentang politik dunia.
Mana lebih dahulu bertamadun, orang Melayu atau Amerika . Kita lihat kepada sejarah.
Kerajaan Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400. Baginda berasal dari Palembang dan akibat perebutan dalam Kerajaan Sailendra, baginda lari ke Temasik(Singapura) dan menubuhkan kerajaan di sana selepas membunuh wakil Kerajaan Siam di sana iaitu Temagi. Situasi ini menimbulkan kemarahan Kerajaan Siam dan untuk mengelak daripada di serang Siam, baginda melarikan diri ke Melaka(sedikit berbeza dengan versi Sejarah Melayu) Melaka di beri nama berdasarkan pokok Melaka tempat Parameswara berteduh. Mengikut Sejarah Melayu, baginda melihat anjingnya ditendang oleh kijang tetapi versi ini bercampur mitos dan tidak boleh dijadikan sumber sejarah. Sejak penubuhannya, Parameswara telah berjaya memajukan Melaka dan akhirnya baginda telah memeluk agama Islam dan memakai gelaran Megat Iskandar Syah. Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China dimana pada tahun 1403 Laksaman Yin Chin telah tiba di Melaka dan Melaka kemudian menjadi negeri naungan China dibawah Maharaja Yung Lo. Serangan Siam ke atas Melaka telah dapat dikalahkan oleh Bendahara Tun Perak yang ketika itu menjadi Penghulu di Selangor. Hasil sumbangannya, Sultan Muzaffar Syah telah melantik beliau sebagai Bendahara Melaka. Melaka terus maju hinggalah diperintah oleh Sultan Mahmud Shah, seorang raja yang zalim. Baginda sanggup membunuh Bendahara Tun Mutahir hanya kerana fitnah dan kerana Tun Mutahir mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali tanpa memberitahu Sultan Mahmud bahawa beliau ada anak perempuan yang cantik. Seluruh keluarga Tun Mutahir termasuklah Tun Mutahir sendiri telah dibunuh, yang tinggal cuma Tun Fatimah, itupun kerana hendak dijadikan isterinya. Inilah punca kejatuhan Melaka seperti yang dinyatakan oleh pegawai Portugis.
Sekian dulu untuk Melaka, kita cerita lain kali, kita lihat pula Amerika Syarikat yang sekarang ini menjadi polis dunia. Benua Amerika ditemui oleh Christoper Columbus lebih kurang tahun 1450-an. Dulunya orang barat takut belayar jauh kerana mereka beranggapan dunia ini terhampar, jika belayar di laut, mereka akan sampai ke hujung dunia dan hilang lesap. Sebenarnya Christopher Columbus nak ke India tetapi sampai di benua Amerika, sebab itu orang asli Amerika mereka panggil Red Indian. Sejak penemuan benua Amerika, banyaklah kuasa barat yang kuat masa itu mula menjajah benua Amerika iaitu England, Perancis dan Sepanyol. Sepanyol bertapak di Mexico dan menjalin hubungan dagang dengan Filipina kerana Filipina adalah tanah jajahan mereka selepas Ferdinand Magelland menemuinya lebih kurang tahun 1560-an. Ferdinand Magelland adalah orang pertama mengelilingi dunia tetapi sebenarnya bukan dia, tetapi anak kapalnya kerana dia mati semasa berperang di Filipina, jadi tak sampai semula ke Sepanyol. Mengikut Harun Aminurrashid dalam novelnya Panglima Awang, Panglima Awang adalah orang pertama mengelilingi dunia kerana dia ditawan oleh Portugis di Melaka dan dibawa balik ke Portugis dan ditukar nama ke Enrique. Ferdinand orang Portugis tetapi telah tukar kerakyatan kepada Sepanyol selepas tinggal di sana dan dibawa bersama Enrique(Panglima Awang). Beliau sangat sayang kepada Panglima Awang kerana banyak menolongnya dalam menangani keganasan anak kapalnya. Dengan ilmu persilatan Melayu, Panglima Awang dapat mengalahkkan anak-anak kapal yang merusuh.
Apabila Ferdinand Magelland mengelilingi dunia atas galakan Putera Henry Pelaut, beliau membawa bersama Panglima Awang.Mereka belayar dari Sepanyol ke Benua Amerika merentasi Lautan Pasifik dan akhirnya sampai di Filipina. Dalam satu pertempuran di Filipina, Ferdinand Magelland telah meninggal dunia dan Panglima Awang pulang ke Melaka. Jadi kalau mengikut pengarang Harun Aminurrashid, Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia tetapi disebabkan tiada dokumen yang menyokongnya, maka sejarah telah menobatkan Ferdinand Magelland sebagai manusia pertama mengelilingi dunia walaupun dia mati sebelum sampai di Melaka tempat dia boleh dikira memulakan pengembaraannya mengelilingi dunia.
Kembali kepada Amerika Syarikat, semasa Melaka mencapai zaman kegemilangannya, Kerajaan Amerika Syarikat belum ada. Orang-orang England telah meneroka Amerika dengan membuka ladang dan lombong di sana. Mereka telah membawa hamba abdi dari Afrika untuk bekerja di sana. Perhambaan berterusan sehingglah Abraham Lincoln berjuang menghapusnya. Amerika Syarikat merdeka dari England kalau tak silap 1879 selepas Peristiwa Teh Boston dan George Washington menjadi Presiden Pertama Amerika Syarikat.
Oleh itu, jelas kepada kita bahawa Amerika lebih kemudian daripada Melaka, jadi orang Melayu lebih dahulu bertamadun dari Amerika. Malangnya Portugis mengalahkan Melaka 1511 akibat sikap pemerintah yang zalim dan rasuah serta perpecahan antara Melayu dengan India Muslim serta khianatnya seorang Jawa yang memberitahu wakil Portugis iaitu Lopez de Sequira bahawa anak buahnya telah dibunuh oleh Sultan Mahmud. Peristiwa ini berlaku 1509. Bila mendapat tahu anak buahnya di darat telah dibunuh, Lopez de Sequira telah lari ke Goa, India dan melaporkan kepada Alfonso de Albuquerque. Maka diseranglah Melaka dan tewaslah Melaka kerana mereka hanya bersenjatakan peralatan tradisional, sedangkan Portugis menggunakan senjata yang agak moden seperti meriam dan senapang.
Melaka dijajah oleh Portugis dari 1511 hingga 1641 apabila orang-orang Melayu Johor dan Belanda mengepung Kota A Farmosa. Sir Francis Xavier yang datang memberi semangat kepada orang Portugis supaya jangan menyerah kalah walaupun dikepong oleh Belanda melalui jalan laut dan oleh orang-orang Melayu Johor dari barat, akhirnya menyerah kalah apabila kekurangan makanan berlaku dalam kota Melaka. Malang sekali lagi orang Melayu, walaupun mereka bertungkus-lumus berjuang, Melaka dijajah Belanda dari 1641 - 1795. 1795 hingga 1819, Melaka dijajah oleh Syarikat Hindia Timur Belanda melalui Perjanjian Surat-surat Kew. Perjanjian antara England dan Belanda dibuat kerana berlaku Perang di Eropah antara Raja Napoleon Bonaparte dari Perancis dengan negara-negara Eropah. Belanda jatuh ke tangan Napoleon dan Raja Belanda berlindung di England. Untuk mengelakkan Indonesia dan Melaka jatuh ke tangan Perancis yang ketika itu bertapak di Indo China(Vietnam, Laos,Kemboja), maka Syarikat HindiaTimur Inggeris memerintah di Indonesia dan Melaka. Masa itu Sir Stamford Raffles menjadi Gabenor di Jawa. 1819 Perang tamat di Eropah bila England menewaskan Perancis dalam Perang Waterloo. Belanda kembali ke Indonesia dan Melaka.
Rasa kehilangan Jawa yang strategik menyebabkan Sir Stamford Raffles mencari kawasan lain dan akhirnya menemui Singapura yang dikuasa Temenggung Ibrahim kalau tak silap, Akhirnya melalui tipu muslihat, Raffles menjajah Singapura 1819 dan kemudiannya menjajah Melaka 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Malang sungguh nasib bangsa Melayu. Dari sebuah empayar yang besar, kini dijajah orang hinggalah seluruh Tanah Melayu dijajah British iaitu Pulau Pinang 1786 oleh Sir Fracis Light, Perak melalui Perjanjian Pangkor 1874 dan diikuti negeri-negeri lain, satu demi satu jatuh ke tangan British. Negeri terakhir jatuh ialah Johor yang secara sukarela di bawah Maharaja Abu Bakar menjadi negeri naungan British di bawah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu bersama Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, sementara Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang menjadi Negeri Melayu Bersekutu. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menjadi Negeri-Negeri Selat.
Oleh itu jelas kepada kita bahawa orang Melayu lebih dahulu maju berbanding Amerika Syarikat tetapi kenapa kita sekarang ketinggalan berbanding Amerika. Tepuk dada tanya iman. Saya akan ulas dilain enteri . Rasa mengantuk dah. Prof.Madya Dr. Hasanah Che Ismail, doktor yang merawat saya kerana kanser di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian diharap membacanya dan memberi komen.