Wednesday 26 May 2010

PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN


PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Oleh: En.Muhamad Zaini b Ismail
          B.A.(Hons)Universiti Malaya
          Diploma Pendidikan Universiti Malaya.
          SMK Kandis 16310 Bachok, Kelantan.

1.      WUJUDKAN SUASANA SELESA
Contoh :         
A - Tukar langsir baru
                         B – Membaca buku mengadap kiblat atau jangan membelakang kiblat
                         C -  Jangan pasang TV

2.      KELUARGA JANGAN BAGI TEKANAN
Contoh “ Abah terima apa saja keputusan peperiksaan kamu setelah kamu berusaha bersungguh-sungguh”

3.      3 MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN

·         Tengok soalan, kemudian baca buku dan jawab soalan

4.      JAWAB SEMUA SOALAN YANG DIBERI(BACA ARAHAN)

·         Guna jam yang ada jarum, bukan jam digital bagi memudahkan anda membahagi masa berdasarkan jumlah soalan yang perlu dijawab

5.      MEMBACA ½ JAM KEMUDIAN BEREHAT(SENAMAN RINGAN 2 HINGGA 3 MINIT) DAN JIKA MENGANTUK DAN HAUS, MINUM AIR MANIS
·         Ingat! Rokok Cuma merangsang sekejap tetapi dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak kemudiannya.

6.      IBU BAPA ELOK DUDUK BERSAMA ANAK-ANAK SEMASA MEREKA BELAJAR KERANA AKAN MENAMBAH SEMANGATNYA.

7.      PEMAKANAN : BANYAKKAN MAKAN BUAH SEGAR, KISMIS,
·         Vitamin C menenangkan fikiran
·         B.Compleks meningkatkan daya konsentrasi
·         Lecitin dalam kacang soya menguatkan daya ingatan

8.       JANGAN MAKAN SEMASA BELAJAR

9.       MAKAN SEBELUM MAGHRIB (6.30 PETANG)

10.  JANGAN KURANGKAN TIDUR UNTUK BELAJAR SECARA MENDADAK
·         Manusia memerlukan 2 jam tidur dengan nyenyak pada sesuatu malam.

11.   MENDENGAR LAGU SEMASA MEMBACA TIDAK DIBENARKAN KECUALI LAGU KLASIK MENGGUNAKAN  ALAT MUZIK BERTALI

12.  KURANG RIADAH MEMBUATKAN KITA LETIH TETAPI LEBIH RIADAH JUGA MEMBUATKAN  KITA LETIH, WALAUPUN OTAK KITA TIDAK PENAT, TETAPI BADAN KITA PENAT

13.  INGATLAH! KITA KITA HANYA MENGGUNAKAN 5% DARIPADA KEUPAYAAN OTAK KITA. OLEH ITU JANGAN TAKUT MEMBACA BANYAK ATAU BERFIKIR BANYAK JIKA KENA CARANYA, IA TIDAK MEROSAKKAN KITA BAHKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BIJAK.

14.  “ALLAH AKAN BERBUAT MENGIKUT APA YANG DIFIKIR OLEH HAMBANYA”  Hadis Qudsi.  OLEH ITU BERFIKIRLAH SECARA POSITIF.
FIKIRKAN BOLEH! INSYAALLAH ANDA BOLEH MELAKUKAN!!!!!!!!!!!

15.  PAKAILAH TALI PINGGANG DENGAN AGAK KETAT DAN IKAT DENGAN KEMAS  TALI KASUT ANDA.
·         SENAMAN DI LUAR DEWAN
·         AMBIL OXYGEN DENGAN  BANYAK- OXYGEN YANG BANYAK BOLEH MENENANGKAN FIKIRAN
·         LANGKAH KAKI KANAN MASUK DEWAN DAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.
·         BACALAH DOA SEBELUM MENJAWAB SOALAN
·         BACA ARAHAN SOALAN, BUKA DAN BACA SEMUA MUKA SURAT DAN PASTIKAN SEMUANYA CUKUP.
·         AGIHKAN MASA MENGIKUT SOALAN DAN JUMLAH MARKAH YANG DIBERI.
·         JAWAB SOALAN YANG SENANG DULU
·         BACA DAN FAHAM SOALAN, JANGAN TERGOPOH-GAPAH MENJAWAB BILA SOALAN YANG DIRAMAL KELUAR, PERHATIKAN APA KEHENDAK SOALAN.
·         PASTIKAN ANDA TIDAK KELUAR AWAL KERANA MASA YANG DIBERI MEMANG SESUAI DENGAN JUMLAH MASA UNTUK JAWAPAN YANG PERLU ANDA BERIKAN.
                        
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR/SPM DAN SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG – INYSAALLAH.


“DIPETIK DAN DIUBAH SUAI DARIPADA CERAMAH OELH DATO’DR.HJ.FADZILAH KAMSAH- PAKAR MOTIVASI.

Saturday 22 May 2010

MASALAH REMAJA - AYAH KAHWIN LAGI

Meluat bapa kahwin baru

(DIPETIK DARIPADA HARIAN METRO)



2010/04/05
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAYA anak kedua daripada empat beradik dan kini menuntut di institusi pengajian tinggi swasta. Saya datang daripada keluarga mewah kerana bapa bergelar Datuk dan seorang ahli korporat yang berjaya serta disenangi masyarakat.
Namun, saya amat meluat melihat sikapnya. Ini semua kerana dia gatal memilih perempuan muda sebagai isterinya.
Untuk pengetahuan Dr, ayah seorang yang rendah, berbadan gempal dan hampir botak. Isteri barunya pula, cantik dan berbadan genit. Mereka ibarat 'beauty and the beast'.

Apa yang menyedihkan, dulu, saya sangat rapat dengan ayah. Saya boleh dikatakan anak kesayangan dia apatah lagi saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

Ketika itu, saya rasa ayah contoh kepada lelaki lain dan wira saya. Ayah mempunyai karisma sebagai suami, bapa dan ahli perniagaan yang berjaya. Saya pernah berangan-angan apabila berkahwin nanti, calon suami perlu mempunyai ciri-ciri seperti ayah.

Kini semua itu hancur. Saya berasakan ayah bertukar daripada seorang yang dikagumi kepada seorang yang hina. Semuanya kerana dia berkahwin dengan bekas perempuan simpanannya. Ibu mengetahui status isteri muda ayah dan meminta cerai.

Pada saya, ayah sudah berumur jadi kenapa masih berminat berkahwin dengan wanita muda? Bukankah sepatutnya pada peringkat umur ayah, dia patut pergi masjid bukannya berseronok dengan wanita jauh lebih muda? Saya sangat keliru dengan perkara ini.

Saya tahu, ayah mempunyai harta, tetapi itu bukan alasan baik untuk dia berkahwin lagi. Saya melihat ibu tiri sebagai mata duitan yang mahu mengikis harta ayah. Ayah pula menggunakan pangkat dan gelaran untuk memuaskan nafsu mengahwini perempuan yang lebih muda. Saya sangat kasihankan ibu yang menderita kerana ditinggalkan ayah. Ibu menjaga kami dengan baik selepas perpisahannya dengan bapa. Ayah ada juga bertanya khabar, tetapi saya sudah tawar hati dengannya. Saya berasakan tindakan ayah menceraikan ibu adalah satu penganiayaan. Ketika mula-mula berniaga, ibu banyak berkorban untuk ayah.

Ibu bukannya muda lagi. Tentunya ibu tiada berpeluang untuk mencari pasangan baru bagi menggantikan ayah dalam usia sebegitu. Kenapa ayah tidak menceraikan ibu ketika ibu masih muda? Kalau ibu masih muda, tentu ibu dapat mencari suami baru. Bapa menyedari perubahan sikap saya. Saya kini langsung tidak menghubunginya dan cuba mengelak jika bertemu dengannya. Saya juga tidak menjawab panggilan telefonnya. Ayah berharap saya akan bekerja di syarikatnya satu hari nanti. Kalau dulu memanglah itu tujuan hidup saya. Kini, jangankan bekerja di syarikatnya, melihat wajahnya juga saya cukup menyampah.

Tolonglah saya Dr. Bagaimana saya perlu berhadapan dengan masalah dan rasa benci kepada ayah?
Puteri Sedih
Kuala Lumpur

KONFLIK hubungan, pola pemikiran yang dibentuk dan keinginan berbeza adalah antara punca adik mengalami perasaan sedih, keliru dan marah terhadap ayah. Ayah dan adik mempunyai keinginan dan kehidupan yang berbeza. Justeru, wujud konflik.

Hubungan kasih sayang antara adik dengan bapa renggang apabila ayah memenuhi keinginan berkahwin dengan perempuan jauh lebih muda. Apabila ini berlaku, adik mula melihat ayah dari sudut pandangan dan persepsi yang berbeza. Kalau dulu, adik mengagumi ayah, tetapi keadaan sebaliknya kini berlaku. Adik tidak lagi melihat ayah sebagai seorang yang berkarisma dan bertanggungjawab malahan meluat terhadapnya.

Dr memahami perasaan adik yang sedih, keliru dan marah terhadap ayah. Sebagai seorang anak ayah yang manja, tentu amat sukar untuk menerima kenyataan bahawa perhatian orang yang disayangi kini berfokus kepada orang lain. Adik menganggap diri seolah-olah tidak lagi penting dalam hidupnya.

Adik sudah membina satu pemikiran bahawa ayah seorang wira, mesti menyayangi dan memanjakan adik. Begitu juga pemikiran adik bahawa ayah tidak boleh mencintai wanita lain selain ibu serta kehidupan adalah seperti yang diinginkan.
Kekeliruan adik terhadap perbuatan ayah yang seharusnya beribadat pada usia sebegini dan bukannya berseronok kerana adik sudah membentuk satu persepsi tempat seseorang yang berada pada peringkat umur ayah adalah masjid.

Jika tidak berlaku seperti apa yang dijangkakan, itulah yang membingungkan. Realiti kehidupan ialah perkara yang kita rasakan mesti berlaku, tetapi dalam banyak hal berlaku sebaliknya.

Perkahwinan berlaku antara dua individu tanpa mengira rupa paras. Justeru, apabila ayah yang rendah, berbadan gempal dan hampir botak berkahwin dengan perempuan yang muda, cantik dan berbadan genit, ia memang boleh berlaku.

Seorang isteri atau wanita mempunyai pendirian tersendiri apabila suaminya berkahwin lain. Ada yang reda dan bersetuju menjadi madu kepada isteri baru suaminya. Namun, ada isteri yang berasakan suaminya sudah tidak menyayangi dan menghargai dirinya. Hati terluka dan memilih jalan untuk berpisah dengan suaminya. Dalam konteks ibu adik, dia memilih untuk berpisah dengan bapa. Bukanlah mudah untuk seorang isteri berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Apatah lagi dengan seorang wanita yang lebih muda dan cantik darinya.

Jodoh dan maut adalah ketentuan Tuhan. Apabila ibu bercerai, tanpa mengira usia, jika jodoh mengetuk hati dan sudah ditakdirkan, tanpa mengira bila dan berapa umur, ibu boleh menemui jodohnya.

Marilah kita mengharapkan ibu adik dapat mencari ketenangan diri dan kebahagiaan hidup. Sebagai anak, peranan adik membantu ibu mengharungi liku-liku kehidupan selepas perpisahannya dengan bapa amat penting. Pengorbanan ibu sehingga ayah berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan berstatus tinggi dalam masyarakat memang tidak wajar disia-siakan. Memang sukar untuk menghilangkan rasa marah adik terhadap ayah. Adik memerlukan masa untuk menerima kenyataan bahawa ada kalanya apa yang adik inginkan dalam hidup tidak dapat diperoleh. Berilah ruang dan masa kepada diri sendiri untuk menerima perkahwinan baru ayah. Adik juga perlu melihat apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.

Orientasikan pemikiran bahawa ayah dan ibu mempunyai keinginan tersendiri dan sebagai anak, adik perlu menghormati keputusan mereka. Bersama-sama dengan ibu untuk mengharungi kehidupan mendatang. Ibu adik amat memerlukan sokongan daripada orang yang rapat dengannya untuk melupakan kesedihan penceraian dengan ayah. Begitu juga membantu ibu untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Adik mengalami peristiwa kehidupan yang menuntut untuk bersifat menerima realiti serta mengubah corak berfikir. Dr tahu bukanlah mudah bagi adik untuk membuang perasaan meluat adik kepada ayah. Ia akan mengambil masa. Perasaan meluat dan marah kepada ayah akan datang dan pergi dalam diri adik. Terimalah keadaan itu. Penting sekali untuk tidak bersifat menghukum. Bina kekuatan dengan mengatakan apa yang berlaku adalah satu cabaran untuk adik membina kehidupan yang lebih baik. Melihat kehidupan dari sudut orang lain boleh membantu adik memahami situasi yang mereka hadapi dan pada waktu yang sama tidak menyalahkan diri. Semoga adik berjaya mencari ketenangan hidup.